Kepentingan Pendidikan
Melahirkan Rakyat Yang Berilmu Pengetahuan Kepentingan pertama bidang pendidikan kepada rakyat ialah dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Dengan wujudnya rakyat yang berilmu, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini kerana mereka yang berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. Dengan pendapatan yang lumayan, maka rakyat dapat membeli keperluan asas yang lebih baik dan kehidupan mereka akan lebih bahagia. Rakyat yang berilmu pengetahuan juga dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan negara. Meningkatkan Mutu Pendidikan Negara Kepentingan pendidikan kepada rakyat yang seterusnya ialah dapat meninggikan lagi mutu pendidikan negara. Jika ramai rakyat yang berilmu pengetahuan, maka sudah tentulah sebahagian daripada mereka akan menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Golongan pendidik ini pasti dapat membimbing generasi muda untuk menjadi rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh it...