Kepentingan Pendidikan


Melahirkan Rakyat Yang Berilmu Pengetahuan
Kepentingan pertama bidang pendidikan kepada rakyat ialah dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Dengan wujudnya rakyat yang berilmu, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini kerana mereka yang berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. Dengan pendapatan yang lumayan, maka rakyat dapat membeli keperluan asas yang lebih baik dan kehidupan mereka akan lebih bahagia. Rakyat yang berilmu pengetahuan juga dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan negara.


Meningkatkan Mutu Pendidikan Negara
Kepentingan pendidikan kepada rakyat yang seterusnya ialah dapat meninggikan lagi mutu pendidikan negara. Jika ramai rakyat yang berilmu pengetahuan, maka sudah tentulah sebahagian daripada mereka akan menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Golongan pendidik ini pasti dapat membimbing generasi muda untuk menjadi rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, mutu pendidikan negara akan terus berkembang dan meningkat.

Dapat Memajukan Negara
Selain itu, rakyat yang berpendidikan juga dapat memajukan negara. Sejarah telah membuktikan bahawa negara-negara yang maju memiliki rakyat yang berlimu pengetahuan. Contohnya, negara Jepun, Korea Selatan serta Amerika Syarikat. Rakyat yang berilmu pengetahuan ini dapat mencipta benda-benda baru untuk membangunkan negara. Oleh itu, dengan adanya rakyat yang berilmu pengetahuan, maka Malaysia juga pasti menjadi negara maju pada suatu hari nanti.

Melahirkan Pemimpin Yang Cemerlang
Di samping itu, pendidikan kepada rakyat membolehkan negara memiliki pemimpin pelapis yang lebih hebat dan cemerlang. Sesungguhnya negara kita amat memerlukan pemimpin-pemimpin yang berilmu pengetahuan dan berwawasan jauh dalam memajukan negara. Hal ini kerana, rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat memerlukan pemimpin yang bijak serta dapat diterima oleh semua kaum. Pemimpin yang berilmu pengetahuan ini akan membuat pertimbangan yang lebih rasional dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang. Selain itu, rakyat yang berpengetahuan juga dapat memberikan idea kepada pemimpin negara dalam usaha membangun dan memajukan negara.

Menaikkan Imej  Negara
Di samping sikap rakyat yang berbudi bahasa, ilmu pengetahuan rakyat juga dapat menaikkan imej negara di mata dunia. Langkah kerajaan menghantar seorang angkasawan negara ke angkasa lepas telah memberikan imej positif tentang taraf pendidikan rakyat Malaysia. Kini terdapat juga rakyat Malaysia yang ditawarkan pekerjaan di luar negara kerana memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Justeru, negara luar memandang tinggi rakyat Malaysia yang berkemahiran dan berpendidikan bekerja di negara mereka. Selain itu, pelabur asing pula melabur di negara kita kerana mereka memandang tinggi taraf pendidikan rakyat di negara kita.

Dalil Menuntut Ilmu dari Al Qur'an


1. وَ قُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْماً

 Alloh Ta'ala berfirman :
  " ... dan katakanlah olehmu - Wahai tuhanku, tambahkanlah untukku ilmu " [ Thoha: 114]


2. قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ  يَعْلَمُونَ  وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ  إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَاب

Alloh Ta'ala berfirman : 
Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.[QS Az Zumar: 9]


3. يَرْفَعِ  اللَّهُ الَّذِينَ  آمَنُوا مِنْكُمْ  وَ  الَّذِينَ  أُوتُوا الْعِلْمَ  دَرَجَات

  Alloh Ta'ala berfirman : 
"Alloh mengangkat derajat orang-orang yang beriman di antara kalian serta orang-orang yang menuntut ilmu beberapa derajat [ Al Mujadaah: 11 ]



4. شَهِدَ  اللَّهُ  أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا  هُوَ  وَالْمَلائِكَةُ  وَ  أُولُو الْعِلْمِ  قَائِماً بِالْقِسْطِ

Alloh Ta'ala berfirman : 
“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Ali Imraan : 18]


Menuntut ilmu...

Comments

Post a Comment